Saturday 8 December 2012

Ordinary Seaman

Ordinary seaman (OS) ialah seorang ahli Deck Department dalam sesebuah kapal dagang. Mereka ini adalah perintis untuk menjawat jawatan Able Seaman sejak turun temurun. Pada zaman moden ini OS dikehendaki bekerja dalam tempoh masa tertentu, mengumpulkan sesuatu yang dikenali sebagai "Sea Time".

Apabila Sea Time ini telah mencukupi, OS boleh memohon untuk mengikuti beberapa siri kursus dan kemudian menghadiri beberapa siri peperiksaan untuk menjadikan mereka diperakui sebagai seorang Able Seaman.

OS kebiasaannya tidak diperlukan untuk melakukan kawalan jam(stand watch) tetapi mesti melepasi peperiksaan kemahiran kawalan jam(watchstanding) seperti menjalankan tugas pengawasan dan mengemudi kemudi kapal. Oleh sebab itu OS biasa berada di Bridge kapal selepas waktu bekerja sama ada menukar giliran mengawal kemudi kapal atau memahami peralatan yang terdapat di Bridge kapal.


No comments:

Post a Comment