Saturday 8 December 2012

Kerja OrdinarySeaman

    Kerja-kerja seorang Ordinary Seaman (OS) adalah pelbagai di Deck Department seperti memahami perkara berkaitan barang-barang kapal, peralatan di atas kapal, alat pemadam kebakaran, alat menyelamat, dan lain-lain perkara selain dari Engine Department dan Galley(Rumah masak) bergantung kepada jenis kapal perdagangan itu sendiri, bilangan krew kapal, cuaca semasa di laut dan jenis pengawasan. Jika di darat macam kerja-kerja am la..tidak pening-pening kepala dan ikut saja arahan penyelia..cukup bulan dapat gaji..hati pon senang..agak-agak pembaca la, berape gaji OS ni ye?murah ke sedang ke tinggi ke? nanti kita cerita pasal gaji ye..tunggu..

Kebiasaan Tugas OS ialah

                  KETUK KARAT, MENGILAT DAN MENGECAT DECK DAN SUPERSRUKTUR


Kerja yang mudah dan biasa kita lakukan di darat kn? kapal ini umpama daratan pada seafarer oleh itu menjadi tanggungjawab kita untuk jaga kapal tu..tak kan nak biar berkarat..kalau di darat pon kita tak nak tengok rumah kita karat-karat kan? oleh itu kita ketuk ke gosok ke senang kata bagi hilang la karat tu..

     selain itu OS juga bekerja sebagai tukang kilat..bagi ape je mesti kilat sebab dah lumrah manusia suka   pada yang cantik dan bersinar..kilat cermin, kilat lantai, kilat meja dan lain-lain lah lagi..janji penyelia puas hati dengan kerja kita tu.

     kerja cat mengecat pon kena buat..baru kapal tu ade seri..tempat kita bekerja kalau muram dan ceria pon kita rasa tak seronok..kerja cat bahagian mana? tunggu arahan dari penyelia la..suruh cat lantai kita cat lantai..cat dinding kita cat dinding..senang je..cat dan peralatan disediakan oleh penyelia..OS cuma menjalankan kerja sahaja..

Ordinary Seaman

Ordinary seaman (OS) ialah seorang ahli Deck Department dalam sesebuah kapal dagang. Mereka ini adalah perintis untuk menjawat jawatan Able Seaman sejak turun temurun. Pada zaman moden ini OS dikehendaki bekerja dalam tempoh masa tertentu, mengumpulkan sesuatu yang dikenali sebagai "Sea Time".

Apabila Sea Time ini telah mencukupi, OS boleh memohon untuk mengikuti beberapa siri kursus dan kemudian menghadiri beberapa siri peperiksaan untuk menjadikan mereka diperakui sebagai seorang Able Seaman.

OS kebiasaannya tidak diperlukan untuk melakukan kawalan jam(stand watch) tetapi mesti melepasi peperiksaan kemahiran kawalan jam(watchstanding) seperti menjalankan tugas pengawasan dan mengemudi kemudi kapal. Oleh sebab itu OS biasa berada di Bridge kapal selepas waktu bekerja sama ada menukar giliran mengawal kemudi kapal atau memahami peralatan yang terdapat di Bridge kapal.